Help - Search - Members - Calendar
Full Version: VK Lingham and Tun Ahmad Fairuz Video Scandal
Asia Finest Discussion Forum > Asian Culture > Malaysian Chat > Malaysian Serious Talk
theng
QUOTE
Wan Nordin Wan Yaacob
Harakahdaily

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan klip video perbualan yang didakwanya satu konspirasi kehakiman membabitkan peguam, VK Lingham dengan Tun Ahmad Fairus Abdul Halim suatu masa lalu.

Klip video yang didakwanya perbualan antara VK Lingham dengan Ahmad Fairus itu baginya adalah satu bukti yang mengaitkan satu pakatan menentukan kedudukan hakim untuk kepentingan tertentu.

Anwar yang juga Ketua Umum KeADILan berkata demikian ketika mengadakan sidang media khasnya berhubung pendedahan itu di pejabatnya di Petaling Jaya hari ini.

Turut hadir ialah, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dan Bendahari Agung KeADILan, William Leong serta pegawai-pegawai khas Anwar termasuk Nathaniel Tan dan Sim Tze Min.

Konspirasi musnahkan badan kehakiman

Menurut Anwar, skandal dalam video ini memberi mendedahkan implikasi terhadap kedudukan badan kehakiman dan konspirasi memusnahkan sistem kehakiman negara ini.

Konspirasi ini dilakukan melalui muslihat seorang peguam yang terlibat dengan pelbagai skandal serta beberapa urusan yang boleh dipertikai yang telah merosakkan imej badan guaman dan kehakiman negara, kata Anwar.

Pada tahun 1994, Peguam VK Lingham dan Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Eusoff Chin bercuti di New Zealand dan Anwar memperolehi gambar yang dikatakan boleh menimbulkan beberapa persoalan tentang sikap,politik dan etika peguam itu yang memberi implikasi kedududkan dan kewibawaan Ketua Hakim Negara ketika itu,

Lingham juga terlibatr dalam kes laporan "Pricewaterhouse Coopers' yang telah dibentangkannya dalam Parlimen pada tahun 1995, kata Anwar.

Kes itu katanya adalah kes dimana Perwaja Steel mengalami kerugian berbilion ringgit, katanya.

VK Lingham didakwa berbual dengan Tun Ahmad Fairuz

"Dalam video ini VK Lingham dapat dilihat dan didengar bercakap dengan Ketua Hakim Negara (sekarang) Tun Ahmad Fairus di mana nama saya dan Wee Chee Keong di antara lain disebut secara khusus,"katanya.

Ia disebut dalam konteks konspirasi untuk mempengaruhi hakim-hakim kanan dan mempengaruhi hakim itu untuk memutuskan keputusan kehakiman tidak berdasarkan kepada undang-undang, katanya.

"Maka kita percaya atas alasan itu bahawa segala perbualan antara VK Lingham dengan Tun Ahmad Fairuz pada tahun 2002 ada kesan dalam beberapa keputusan badan kehakiman termasuk Mahkamah Rayuan dan Persekutuan termasuk yang libatkan saya,"katanya.

Video ini juga mengaitkan nama Vincent Tan dan Menteri Pelancongan, Tengku Adnan Tengku Mansor, kata Anwar.

"Vincent seorang peniaga penting dan tauke judi yang terlibat secara langsung dalam penyalahgunaan proses kehakiman yang dikenali dengan kes Ayer Molek,"katanya.

Sementara Tengku Adnan adalah pemimpin Umno dan Jemaah Menteri yang terlibat dalam konspirasi politik untuk memusnahkan karier politik beliau pada tahun 1998, kata Anwar.

Menurut Anwar, pendedahan skandal ini akan mengesahkan apa yang KeADILan yakini sebelum ini bahawa ada konspirasi di peringkat tertingi dan rasuah besar yang libatkan badan kehakiman, katanya.

Konspirasi ini antara lain memberi kesan kepada keputusan badan kehakiman yang dikatakan menganiaya orang yang tertentu, ujarnya.

"Ini libatkan kepentingan awam dan kita desak kerajaan tubuhkan tribunal bebas untuk siasat skandal yang mengaibkan ini,"katanya.

Beliau juga berkata akan mengusulkan isu itu kepada Presiden Parti KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar Presiden menemui Majlis Raja-raja Melayu bagi menyerahkan video tersebut.

Pertemuan itu adalah untuk memohon Majlis Raja-raja Melayu menjalankan tanggungjawab mereka menurut perlembagaan supaya badan kehakiman kekal bebas, katanya.

Selepas selesai memberi kenyataan, Anwar telah menunjukkan klip video tersebut yang antara lain menunjukkan perbualan telefon antara VK Lingham dengan seorang yang dipercayai Tun Ahmad Fairuz.

Rakaman tersebut didedahkan Anwar supaya katanya akhbar boleh mendedahkan konspirasi jahat tersebut yang memusnahkan badan kehakiman di negara ini.

Klip video itu menunjukkan seorang lelaki berketurunan India dengan berkaca mata memakai baju warna putih sedang bercakap melalui telefon bimbit.

Video tersebut ditayangkan selama lebih lapan minit dan berlatarbelakangkan rumah orang yang disyaki sebagai VK Lingham di Kelana Jaya.

Antara lain lelaki berketurunan India itu menyebut nama-nama tertentu antaranya Tengku Adnan, Tan Sri Dzaidin, Dato' Heliliah, Dato' Ramli, Dato' Ma'roop dan beberapa nama lain.

Lelaki itu juga menyebut nama Tun Eusoff Chin, Vincent Tan, dan PM (ketika itu).

Antara petikan perbualan

Antara petikan yang terkandung dalam akhir perbualan tersebut ialah, "No don't worry, Datuk.I Know how much you suffer for Tun Eusoff Chin. And Tun Said Dato' Ahmad Fairuz 110 percent loyalty. We want to make sure our friends are there for the sake of the PM and sake of our country. Not for our own interest, not our own interest. We want to make sure the country come first. Well, you suffered so well, so much you have done. For the election, Wee Choo Keong everything. How much, no body would have done all these.

"Yes you know. Good lah. Don't worry. I am constanly working on this. Ya don't worry. We work hard on this. And Dato' and then if Tan Sri Vincent and Tengku Adnan want to see you, I will organize it in such a confidential place,"(antara ayat dalam perbualan dalam klip itu)

Anwar turut mendedahkan satu lagi audio tanpa visual perbualan yang didakwanya menyebut nama beliau bagaimanapun audio itu kurang jelas.

Anwar telah mengedarkan klip video itu kepada wartawan yang hadir sebagai bukti, namun tidak mahu mendedahkan dari mana klip itu diperolehi.

Statement by Dato’ Seri Anwar Ibrahim
QUOTE
This video recording implicates the highest office of judiciary in a conspiracy to pervert the cause of justice through the machinations of a lawyer tainted with a scandalous history involving questionable dealings and conduct that brings disrepute to the legal and judicial professions.

In 1994, lawyer VK Lingham was photographed with the then Chief Justice Tun Eusoffe Chin holidaying in New Zealand under circumstances that would give rise to the inference of a serious breach of professional conduct on part of the lawyer and even more serious implications of unethical conduct on the part of the Chief Justice. Lingham was also implicated in the PricewaterhouseCoopers report which was tabled to Parliament following a thorough audit investigation of the Perwaja Steel scandal involving the loss of billions of ringgit of taxpayers’ money.

In this video, Lingham was seen and heard to be talking to the current Chief Justice of the Federal Court, Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim wherein my name, among others, is specifically mentioned.

It is mentioned in the context of a conspiracy to influence the appointment of senior judges and pervert the cause of justice. In view of this, we have reason to believe that whatever has transpired in this exchange in 2002 had some bearing on the outcomes in a number of judicial proceedings, including mine.

The video also implicates Vincent Tan and Tengku Adnan Tengku Mansor. The former is a businessman and gaming tycoon who was allegedly at the center of a scandal involving the abuse of the judicial process now known as the Ayer Molek case. The latter is a prominent Umno leader and a member of the Cabinet who was involved in the political conspiracy to remove me in 1998.

Such a scandalous expose, as indeed this video really is, only serves to corroborate our allegations of a political conspiracy of the highest level and corruption of the highest judicial office, seriously bringing into question the impartiality of judicial proceedings involving the affected parties. This is matter of utmost public importance and we demand the setting up of an Independent Tribunal to investigate this shameful and scandalous episode.

In this regard, we make a special appeal to the conference of rulers to continue to play their constitutionally entrenched role in safeguarding the rights of the people by exercising their discretionary powers in all matters within their jurisdiction.

ANWAR IBRAHIM

pancaindera
A senior Minister named Nazri Aziz said this: :" Those responsible for releasing the videoclip should be mindful of their action as it was unlawful to erode the people’s confidence in the judiciary, he said, referring to Parti Keadilan Rakyat’s move to release the videoclip." http://thestar.com.my/news/story.asp?file=...&sec=nation

What does he mean? If we catch a judge recieving bribe, we should be quiet??? confused.gif Apa lah lu Mr Nazri "Bloody Racist x 28" Aziz..

There has been some strange appointment of judges recently. First there was Dr Badariah Sahamid. Then there was Tan Sri Zaki Tun Azmi, who was a lawyer and directly appointed as Federal Court judge. He was never a judge but suddenly he's a judge in the highest court in Msia. confused.gif I wonder how judges in High Ct and Court of Appeal will feel about this.
pancaindera
youtube link: http://www.youtube.com/watch?v=mR9qvEI43iw
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2009 Invision Power Services, Inc.