NEWS ABOUT HER VISIT TO MALAYSIAFrom Antara News:
31/05/07 17:17
Agnes Monica Visits School of Indonesia Kuala LumpurKuala Lumpur (ANTARA News) – Singer and artist Agnes Monica visited Sekolah Indonesia Kuala Lumpur (SIK), Thursday, between her promotion agenda of her first concert in Malaysia capital city on June 23, 2007.
"I’ve been here since Tuesday, 29 May 2007, and doing promotion at several radio and TV Malaysia for my upcoming show on 23 June 2007," said Agnes Monica who was wearing a blue skirt in Kuala Lumpur, last Thursday.
Right after she entered the hall of SIK, Agnes found big happy cheers and welcome screaming from the students. She also received a bunch of flowers from one of the students.
"I’ve just heard that they actually have a special school for Indonesian kids so I spontaneously come here,” said Agnes.
Agnes gave a time for a dialog with the students and teachers. "Do you monitor my progress?” asked Agnes to Fitria, a first grade high school student. "Of course. We always watch you from TV, radio and the internet," replied her.
The news said Agnes Monica has signed a contract with TV3 Malaysia for her foremost concert in Malaysia in the middle of June 2007.
After the dialog over, Agnes asked the students to take a picture together. And then she continued her trip back to Jakarta. (*)
===============================================================
From Harian Metro Malaysia: (Malaysian Newspaper)
SOMEBODY PLS TRANSLATE THIS MALAY LANGUAGE TO ENGLISH!!!Agnes penyanyi bermaruahOleh Norhadiani Baharom
Peribadi tidak seburuk disangka
PENYANYI Indonesia Agnes Monica, 21, sering digambarkan media di negaranya sebagai orang yang bongkak dan sukar memberi kerjasama hingga turut mempengaruhi media tempatan ketika bertemu dengannya sempena promosi Agnes Monica Concert Live In Kuala Lumpur dan Pelancaran VCD Karaoke di Planet Hollywood, baru-baru ini.
Bagaimanapun, ketika berhadapan media Malaysia, nyata gadis jelita dan bersusuk tinggi lampai ini tidaklah seperti yang digambarkan akhbar negara seberang itu.
Setiap soalan diajukan dijawab penuh berhemah, spontan dan bernas hingga membuatkan ramai yang kagum dengan kepintaran penyanyi yang popular dengan lagu Tiada Logika itu.
Justeru, sikap kontra yang dipamerkan Agnes menarik perhatian media untuk mengetahui punca sebenar dia dilabel artis bermasalah dengan media di negaranya.
“Saya sendiri tidak faham bagaimana cerita semacam ini boleh ditimbulkan. Sebetulnya selama ini saya memang tidak pernah ada masalah dengan mereka. Bahkan sering memberikan kerjasama.
“Barangkali saya dilabel sombong atau bongkak apabila mengambil sikap berdiam diri setiap kali mereka mula menyimpang dari tujuan asal temu bual. Maksud saya, di sini mulanya mereka panggil saya untuk ditemu bual mengenai kerjaya seni namun apabila sudah ketemu, banyak pula soalan yang tiada kaitan hingga menjerat diri saya.
“Contohnya, saya pernah diasak dengan soalan “Apa benar Agnes terbabit dengan penyalahgunaan dadah?” Untuk apa saya menjawabnya kalau itu bisa buat saya marah lalu isu itu diperbesar-besarkan. Selain itu, ia hanya mengundang pandangan negatif masyarakat meskipun saya tidak melakukannya.
“Saya boleh menjawab setiap soalan secara profesional tetapi wartawan harus belajar bagaimana tata susila ketika bertanyakan soalan sehingga kita sendiri tiada paksaan untuk menjawabnya.
“Namun apa yang saya perhatikan, media Indonesia terlalu kasar dan memandang rendah golongan artis. Cara mereka jauh berbeza dengan wartawan di negara ini.
“Tidak dapat dinafikan, mereka memang gemar mencari bahan kontroversi untuk melariskan akhbar. Dalam masa sama menjatuhkan nama dan maruah saya.
“Justeru, mengapa harus saya benarkan ia terjadi. Saya lebih suka jika cerita yang ditulis dapat menguntungkan saya seperti pencapaian seni. Lebih puas jika ia memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak,” katanya
Agnes yang memulakan kerjaya seninya sejak usia tiga tahun berkata, biasanya apabila tersiarnya gosip tidak berasas mengenai dirinya atau artis Indonesia yang lain, masyarakat mudah percaya kerana pengaruh media sebagai medium maklumat.
Selain tidak mempunyai hubungan baik dengan media, Agnes, pelajar tahun dua jurusan undang-undang ini juga dikatakan meletakkan harga jika wartawan ingin menemubualnya. Agnes juga dikatakan terlalu banyak permintaan kalau diundang membuat persembahan.
“Itu bohong sama sekali. Saya tidak pernah mengenakan sebarang bayaran cuma kadang-kadang saya terpaksa menolak ditemu bual kerana aktiviti harian terlalu padat.
“Setiap hari dari jam 8 pagi hingga 12 malam saya terikat dengan latihan vokal, kelas piano, kelas tarian, jamming, kuliah dan penggambaran drama.
“Mereka tidak faham kesibukan saya, maka saya dituduh hanya sedia melakukan sesuatu sekiranya dibayar. Mengenai isu banyak permintaan, jika perbincangan sudah dipersetujui, saya tidak akan meminta sesuatu yang di luar kontrak. Justeru, perkara ini tidak seharusnya diperbesar-besarkan.
“Melainkan ketika membuat persembahan, saya cedera bukan kerana kesilapan diri sendiri tetapi penyediaan pentas yang tidak kukuh. Justeru, saya akan berbincang dengan penganjur mengenai tuntutan ganti rugi atas kecederaan itu menyebabkan saya terpaksa berehat selama sebulan di rumah sekaligus terpaksa membatalkan undangan yang sudah dimeterai.
“Rasanya saya meminta bertempat kerana setiap kali membuat persembahan, saya tidak mahu pamerkan persembahan sama seperti suara mahupun susunan muzik kedengaran sama seperti dalam album.
“Justeru, apabila semua komposisi diubah, ia memerlukan daya kreativiti yang lebih serta latihan vokal, latihan muzik dan tarian yang lebih,” katanya.
Kehadiran Agnes di Kuala Lumpur Selasa lalu membawa perkhabaran gembira apabila penyanyi dan pelakon yang terkenal dengan lagu Tiada Logika itu akan mengadakan konsert di Stadium Negara pada 23 Jun nanti.
Pihak yang bertanggungjawab membawa gadis berketurunan Cina, Jepun, Indonesia dan Inggeris itu adalah Multitech Engineering Solution Sdn Bhd.
Penganjur konsert, Hafiz Shariman Hamzah, meskipun hanya satu saja lagu Agnes yang popular di Malaysia, mereka percaya konsert ini dinanti-nantikan peminatnya.
“Kami sudah bersedia dengan apa jua kemungkinan serta risiko yang bakal dihadapi. Apa yang lebih penting, kami ingin memberi Agnes peluang kerana yakin dengan bakat luar biasa yang dimilikinya.
“Setakat ini penjualan tiket konsert Agnes cukup menggalakkan dan kami percaya dengan bantuan media, ia dapat mencapai sasaran,” katanya.
Agnes yang ditemani abangnya, Steve Mujoto yang juga pengurus peribadinya berkata, dia tidak sabar-sabar untuk menjayakan konsert itu kerana inilah julung kalinya dia dapat bertemu peminat di Malaysia.
“Selama ini saya hanya dapat berhubung dengan peminat saya di sini. Namun kali ini saya dapat mengotakan janji kepada mereka untuk membuat persembahan istimewa di sini.
“Saya juga sudah membuat sedikit kajian berhubung sensitiviti masyarakat Malaysia. Justeru dari segi penampilan, tarian dan lirik saya akan pastikan ia tidak menyentuh rakyat negara ini.
“Misalnya masih ada kekurangan harap mereka dapat memaafkan saya kerana tidak arif dengan budaya di negara ini,” katanya merancang untuk menetap di Amerika Syarikat bagi menghasilkan album di sana.
Untuk konsert itu nanti, Agnes turut membawa 20 krew dari Indonesia terdiri dari jurutera bunyi, jurutera cahaya, lapan hingga 10 penari, enam pemuzik dan tiga penyanyi latar.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket Agnes berharga RM135, RM115, RM85, RM55 dan RM35 boleh membeli di kaunter Stadium Negara atau hubungi Multitech Engineering Solution Sdn Bhd di 03-78473788.
******