Saya tak ingat hujan ribut tu, tapi bila dengar cerita ni, memang saya tak syak lagi yang awak ni memang bernasib baik ye. Jangan lupa untuk 'mengira bintang-bintang nasib baik awak'. Eh, tahyul ye. Takpe.. boleh buat lepas bulan puasa.
Tak pun, buat solat syukur.
Cakap pasal kereta ni, satu insiden yang memang saya tak boleh nak lupakan ialah pasal kes langgar lari. Berlaku kepada arwah nenek jiran saya. Arwah masa tu sedang tunggu teksi di tepi jalan. Mengikut cerita orag yang nampak kejadian tu berlaku, ada sebuah kereta tu sedang dipandu laju, hilang kawalan dan termasuk ke bahu jalan langsung meanggar arwah. Arwah terjatuh dan terus tak sedarkan diri. Tanpa hirau tanpa peduli terus kereta tu cabut. Memang kejam.
Sampai sekarang masih belum dapat ditangkap. Memang lah siapa yang buat tu takut akan keluarga orang yang dilanggar tu, tapi sampai ati dia terus nak tinggalkan tempat kejadian. Betul-betul tak berperikemanusiaan. Manusia kita boleh tipu, tapi dengan Tuhan nanti, macam mana nak jawab?
QUOTE (rx7boy @ Oct 8 2005, 07:43 AM)
^heh..itu iklan mat motor.. saya takda lesen motor walaupun saya tau bawak motor. saya tak berminat nak ambil.
erm ada lagi satu peristiwa yang membuat saya terharu dan tersentak juga apabila satu hari dekat Shah Alam, masa tu buat A-level kat Intec seksyen 18.Saya parking kereta saya kat tepi jalan luar kediaman college.Pelajar2 pun banyak parking tepi2 jalan.
Ada sesiapa ingat tak ribut kuat yang melanda Shah Alam dulu. habis semua pokok2 tumbang.Hari tu saya malas nak bawa kereta saya dan tumpang kawan je la pegi college.Masa ribut berlaku saya dan semua pelajar ada di dewan tengah ambil exam.Lepas exam terus kami balik kediaman dan MasyaAllah, habis banyak kereta² pelajar kena hempap dengan pokok tumbang.
Kereta saya selamat, tapi yang membuat saya terharu, kereta yang berada di kiri dan kanan kereta saya habis rosak teruk kena hempap pokok tumbang, dan begitu juga kereta2 lain yang parking sama row dengan kereta saya. Kira kereta saya sahaja yang selamat. Saya tersentak juga.Pastu ucap terima kasih kat tuhan kerana dah banyak kali selamatkan saya.
