Saya agak terkilan tempoh hari apabila terbaca ucapan seorang pelakon wanita tempatan ketika beliau menerima anugerah dalam suatu pesta filem baru-baru ini. Bahasa Malaysia beliau tidak sefasih bahasa Inggeris. Memang rambut sama hitam dan hati lain-lain, langsung ada yang lebih selesa dan lancar berbahasa Inggeris daripada berbahasa ibunda, namun tidak perlu untuk bahasa kita diperlekehkan di peringkat umum dengan begitu bersahaja.

Dalam pada itu, kasihan pula apabila beliau ditohmah dengan begitu hebat oleh segelintir masyarakat. Masakan lidah tidak tergigit, anak muda makan garam. Tiada orang bebas daripada kesilapan.
QUOTE(sweetlemon @ Sep 11 2006, 06:34 AM) [snapback]2282016[/snapback]
kenapa "topik bertutur dalam B.M" tak aktif.saya suka kalau dapat bertutur dalam bahasa malaysia,sebab bahasa english saya kurang baik.Kenapa kita selalu pertikaikan tentang bahasa yang perlu kita tuturkan?bagi saya jika seseorang it selesa bertutur di dlm bahasa malaysia kita juga harus melayan seseorg itu dlm bahasa malaysia.,begitu juga sebaliknya.Tapi saya perhatikan ramai org bertutur dlm bahasa english ketike berurusan dlm sesuatu kerja.tapi adakah mereka terfikir kadang2 ada yg kurang fasih bertutur dlm bahasa english?
Manisnya nama, sweetlemon.
Antara kelebihan Malaysia berbanding dengan sesetengah negara lain ialah kebolehan sesetengah rakyat berbahasa Inggeris, dan ini menarik perhatian pelabur asing. Memang realiti kehidupan ialah majoriti syarikat swasta antarabangsa memerlukan kefasihan berbahasa Inggeris.
QUOTE(ricochet @ Sep 11 2006, 10:38 AM) [snapback]2282312[/snapback]
bahasa malaysia sudah tahu dan sudah fasih. Alangkah baiknya kalau kita cuba belajar bahasa lain seperti bahasa inggeris untuk kebaikan kita juga. Dari darjah satu sampai peringkat universiti, kita diajari benda yang sama, tapi kita selalu tidak mahu mempelajarinya dengan baik. Kebanyakan teman teman saya pun begitu, mengaku kalah sebelum perang bermula.
Bila saya mula bekerja di KL, dengan secara tidak lansung, kita dipaksa mempelajari bertutur dalam bahasa inggeris. Kita harus sabar dan coba dengan sedaya upaya mempelajarinya dengan coba bertutur dan coba bertutor dengan bahasa rojak - inggeris dan melayu. Lepas itu, kita coba dengar apa yang ditutorkan orang seperti perkataan-perkataan "glamour" atau canggih yang belum kita dengari sebelum ini dan secara tidak lansung, tabiat ini akan berlarutan sampai kita benar benar sudah fasih.
Untuk kita mempelajari bahasa inggeris, kita harus juga coba memikir dengan bahasa inggeris. Kalau kita tidak memikir dengan bahasa inggeris, kita akan selalu menterjemah perkataan perkataan sebelum kita bertutor
end of lesson one....semua bangun....teeeerrrrrimmmmma kaaaaasih cikkkkkkgu...remember the good old time fellas
Rico pergi sekolah dulu tahun bila? Budak2 zaman sekarang tak guna 'coba' lagi. Ejaan yang betul sekarang ialah 'cuba'. Nasib baik rico tak tulis 'choba'.
Teringat pula sebelum kelas agama bermula bila semua murid kena doa penerang hati dengan kuat dan lantang. Allahummaftah alaina hikmataka wansyur alaina (tarik nafas dalam tapi singkat!) min khazaa ini rahmatikayaa arhamarrahimiin. Bila naik tingkatan lima semua orang baca secara sambil-lewa, tapi bila dengar balik adik2 darjah satu baca, memang semangat!!