apa khabar sekian bangsawan.
ini mungkin agak random.
aku saja mau suarakan rasa tidak puas hati tentang kempen 'tak nak' merokok oleh Kementerian Kesihatan baru-baru.
saya asal dari kk, sabah. mungkin kebanyakan kamu sudah tahu kami orang sabah cakap bahasa malaysia lain sikit. mungkin lebih 'baku'.
contoh: sa-tu, du-a, ti-ga, dll. banding dengan BM semenajung: du-e, ti-ge.
perkataan pun mungkin ada lain maksud. eg: pant*t.

2
seumur hidup aku di sabah tidak pernah aku dengar orang sabah guna perkataan
'tak' atau 'nak'. mungkin pernahlah, ...tapi jarang betul.
biasanya kami cakap: 'tidak mahu' atau 'tia mau'.
jadi: ni Kementerian Kesihatan ni bodoh kah apa??
pakai otak bah sekali-sekala. ambil tahu la skit budaya tempatan.
di kk merata-rata diorang simpan papaniklan, besar-besar:
"KATAKANLAH TAK NAK" geram betullll
setahu aku perkataan 'tak' dan 'nak'bukannya bahasa bm betul, tapi lebih macam bahasa pasar atau slang. ya kah? kalau bm baku/betul tidak apa la. saya terima.