malaccan
Jan 17 2006, 11:38 AM
LOL! Rasanya rx7boy tersilap topik ni agaknya.... ngee
rx7boy
Jan 17 2006, 11:56 AM
QUOTE (malaccan @ Jan 17 2006, 05:38 PM)
LOL! Rasanya rx7boy tersilap topik ni agaknya.... ngee

alamak, yelah, terima kasih Malaccan kerana tegur.
NAsha
Jan 18 2006, 09:40 PM
hai, saya budak baru. Saya tak terror la Bhs Inggeris ni. So saya nak join kat sini je la, boleh?
NAsha
Jan 18 2006, 09:58 PM
Sebenarnya susah nak belajar BM especially bab grammar ni. Aku tgk kertas BM PMR adik aku tahun lepas pun aku tak leh jawab. Malu ar....
rx7boy
Jan 19 2006, 01:26 AM
^haha, takper2..cuba lagi. saya pun masih belajar lagi BM sampai sekarang.
anyway selamat datang. kenal2 kan la diri. jangan malu2.
samheisfl
Jan 20 2006, 08:00 AM
QUOTE (NAsha @ Jan 19 2006, 10:58 AM)
Sebenarnya susah nak belajar BM especially bab grammar ni. Aku tgk kertas BM PMR adik aku tahun lepas pun aku tak leh jawab. Malu ar....

Slamat... Datang....
malaccan
Jan 21 2006, 01:40 AM
Hey kawan-kawan, saya baru perasan... hari ni harijadi Sam lah!!
Sam, sila ke bahagian Intoductions ya.
jukoh
Jan 25 2006, 03:02 AM
Saya join forum ni baru-baru ni aje, ingatkan boleh belajar ataupun tak improve lagi BM bila nampak tajuk topik ni. Baca dari mukasurat 1 hingga 5, dah mula menguap nak tidur, jadi lompat ke mukasurat 45. Mana tau, dah mula cakap tentang bola. Mentang-mentang la musim bola dah nak bermula. Boleh tak korang cakap pasal benda lain sekali sekala dalam BM (macam cerita hantu kat permulaan tu bagus juga - coin spirit). Lagipun kalau kitorang gaduh guna BM, orang negara lain yang tak paham tu payah jugalah nak ambil tahu. Anyway, sejak mula bekerja ni, jarang ada peluang untuk menaip surat BM (kecuali yang ditujukan kepada jabatan kerajaan). Memandangkan ramai yang berpelajaran tinggi kat sini dan BI pun terror, boleh tak minta tolong untuk terjemahkan sekali-sekala? Adakala susah sangat nak buat penterjemahan dengan menggunakan BM yang betul dari segi grammar.
Protoculture
Jan 26 2006, 05:28 AM
QUOTE (NAsha @ Jan 18 2006, 09:58 PM)
Sebenarnya susah nak belajar BM especially bab grammar ni. Aku tgk kertas BM PMR adik aku tahun lepas pun aku tak leh jawab. Malu ar....

Huk aloh .... kesian dia. Takper .... kitorg tak makan orang .... aku ada sekali-sekala.
QUOTE
Memandangkan ramai yang berpelajaran tinggi kat sini dan BI pun terror, boleh tak minta tolong untuk terjemahkan sekali-sekala? Adakala susah sangat nak buat penterjemahan dengan menggunakan BM yang betul dari segi grammar.
Hmm, Jukoh, pegi beli kamus DBP atau kamus Dwibahasa. Kacang jer translate BI ke BM, guna perkataan yang simple jer.
Cara terbaik, kalau ada terma English yang tak difahami erti dalam BM, guna "......". Senang skit.
samheisfl
Jan 26 2006, 08:26 AM
Betul tu.. susah nak terjemah kadang².. kalau saya, hentamkan ajer.. heh
Protoculture
Jan 26 2006, 07:35 PM
QUOTE (samheisfl @ Jan 26 2006, 08:26 AM)
Betul tu.. susah nak terjemah kadang².. kalau saya, hentamkan ajer.. heh
Takleh gak cam tu ... especially kalau surat tu utk jabatan kerajaan. Berpeluh gak nak terjemah .... silap bahasa, tak pasal2 surat kena reject pasal 'masalah teknikal'.
Pegawai Gomen: Apa maksud 'appropriate' ni?
Kita: Ohhh, ala, maksudnya ... err ... kejap, saya call Boss saya dulu ...
(Menelepon Bos)Kita: Bos, what does 'appropriate' means in Malay, ah?
Bos: HOW THE HELL SHOULD I KNOW, NUMBSKULL!
Pegawai Gomen: NEXT!!!!
malaccan
Jan 27 2006, 01:56 AM
Selamat datang jukoh.

Mintak maaf lah pasal bab-bab awal topik ni. Bila saya baca balik pun memang banyak cakap2 mengarut kat situ. Hehehe. Pasal apa kitorang memang suka berseloroh, bab2 lain kat AF ni kadang2 memang agak berat. Jadi kat sini kalau apa pun macam awak kata, kita boleh main lepas cakap aje.
Betul jugak apa awak cakap pasal BM ni. Seperti yang dialludasi oleh protoculture (alluded, boleh ke?

), saya rasa kalau sekarang ni lah, kena tulis surat untuk jabatan kerajaan, berpeluh juga. Saya dulu suka datang website ni pasal boleh belajar pasal budaya luar. Yang baik, buruk, berat sebelah, adil, semuanya ada. Bila saya baca beberapa post awak, macam takde masalah aje nak berbahasa Inggeris. Kitorang ni pun sama... ada masanya berterabur jugak.
QUOTE (Protoculture @ Jan 26 2006, 10:28 AM)
Huk aloh .... kesian dia. Takper .... kitorg tak makan orang .... aku ada sekali-sekala.
ye lah tu... sekali sekala aje kau cakap?!

2
samheisfl
Jan 28 2006, 11:17 PM
Orang N.9 kalau berperang slalu kalah.. Sebab bila panglima perang N.9 cakap serang, bunyinye jadi "Sorang".. jadi seorang² la askar dia keluar.. senang la musuh nak bunuh..
malaccan
Jan 29 2006, 02:03 AM
^Eh mana ada!
Tak taulah samada saya nak marah ataupun gelak, arwah wan saya orang Nogoi....
kaniha
Feb 8 2006, 01:24 AM
hahaha.. kelakar la bahasa korang [boleh guna tak?]. skema sangat. pelik betul bila nak baca. tapi sebab korang semua dah guna bahasa macam ni, kenala guna jugak. hohoho...
saya ada soalan nak tanya pasal bm ni. kenapa bm harian terlalu banyak bahasa pasar? macam merosakkan bahasa. macam biasa contohnya bahasa sms. tapi kalau nak tengok balik, memang kelakar jugak kalau semua orang guna bahasa standard. kalau nak pergi tidur pun cakap " saya hendak pergi tidur sekarang", "saya sudah lapar. mari kita makan sekarang"...
lagi satu soalan, berapa ramai orang bukan melayu yg reti cakap bahasa melayu dengan elok? bukan fasih, tapi elok. bukan nak bangkitkan isu kaum kat sini, tak ada niat pun. ada jugak yg melayu dah lupa ckp melayu. tapi saya nak tau the truth saja. ada yg saya tengok hanya sebab dia dah tinggal kat luar negara, mengaku dah lupa bm. org macam tu la yg menyebabkan bm ni semakin pupus dalam diri org malaysia. hohoho.. jgn marah yek. saya cakap kebenaran je.
lagi satu pasal bahasa rojak. kita kena faham, bukan semua perkataan kita boleh cakap dengan selalu. kadang2 tu kekok sikit sbb tu diganti dengan bahasa lain. macam surat khabar jadi paper. lagipun, bahasa rojak ni macam nak tunjukkan informal dengan sesuatu kumpulan atau orang. tapi masalah nya hal ni saya kurang sikit. jadi saya rasa dah mengarut lebih2 pulak kat sini. so i'll shut up now!
apa-apa pun, malaysia's my home, my beloved country! [terpatriotik pulak]
jukoh
Feb 9 2006, 02:47 AM
Maaflah ye. Lama tak jenguk kat forum ni, dah terlupa pula. Saya lebih suka bertutur atau menggunakan BM sebetul yang boleh. Sekali-sekala tu, boleh juga guna bahasa pasar, tetapi bila nak 'put in writing', lebih elok dalam BM yang 'proper'. Bukan untuk BM sahaja, malahan untuk sebarang bahasa yang diguna - untuk saya ini menunjukkan hormat kepada penerima/pembaca dan juga hormat kepada bahasa tersebut. Kadang-kadang bila dah terlalu banyak dicampur, kasihan generasi akan datang yang kemungkinan besar tidak akan tahu bertutur dalam bahasa yang betul - semuanya bahasa rojak. Dulu saya memang peminat Bacaria, Mastika, Gila-Gila, etc.. - apa-apa buku/majalah yang mempunyai cerita pasal hantu mesti saya beli atau pinjam dengan rakan-rakan (Majalah Kuntum tu cuma dibeli kerana 'dipaksa' oleh cikgu - bukan paksa tapi 'encouraged to buy' heh, heh). Sekarang dah malas nak beli - buang duit aje. Sekarang pun dah tak banyak cerita pasal hantu-hantu. Kebanyakannya pasal gejala sosial atau apa-apa isu remaja. Nak cari cerita hantu, cari kat internet lagi banyak cuma kebanyakannya bukan dalam BM. Jadi, dah takda bahan bacaan untuk meningkatkan pemahaman BM (buku-buku sastera tu jangan cakaplah - bosan hingga tertidur bila nak baca). Rakan-rakan saya ada yang membeli novel tebal-tebal (keluaran penulis negara kita sendiri). Tapi malaslah nak habiskan satu buku tebal yang penuh drama (juga ada campuran bahasa lain ie BI). Siri-siri drama kat TV tu pun guna bahasa yang campur dengan BI. Risau juga kalau pelajar-pelajar kita sekarang dapat markah rendah untuk BM sebab terpengaruh dengan bahasa-bahasa rojak yang digunakan di merata-rata tempat. Bila buat karangan, tak tahu macam mana nak buat penjelasan dalam BM yang betul, hentam dengan BI, habislah. Lagipun sekarang ramai yang suka guna bahasa singkat terutama dalam menghantar sms sesama kawan. Jadi bila masa peperiksaan, dah biasa sangat, terbawa-bawa pula dalam jawapan yang diberi.
Best juga forum ni, boleh kita belajar bersama-sama... BI saya cuma ok saja. Pronunciation yang teruk - kadang-kadang bila dah salah 'pronounce' memalukan aje. At least BM kita boleh guna bahasa baku - taklah risau pasal 'wrong pronunciation'.
jukoh
Feb 9 2006, 02:51 AM
QUOTE (samheisfl @ Jan 28 2006, 11:17 PM)
Orang N.9 kalau berperang slalu kalah.. Sebab bila panglima perang N.9 cakap serang, bunyinye jadi "Sorang".. jadi seorang² la askar dia keluar.. senang la musuh nak bunuh..
Ha, ha, ha... (adatak terbukti kat mana-mana buku sejarah? Saya dah tak ingat dah pasal Sejarah. Kalau betul-betul ada, bermaksud gurauan ini ada kebenarannya)
samheisfl
Feb 9 2006, 07:44 AM
Tak de pun dalam buku sejarah.. ni lawak org N9 jer..
malaccan
Feb 9 2006, 04:25 PM
Apa khabar kaniha? Tuan punya topik ni sedang sibuk 'memancing' katanya, jadi tak dapatlah dia nak ucapkan selamat datang. Saya ni sekadar wakil dia lah kiranya. Wakil tak bergaji

Kalau nak cakap aku kau kat sini pun boleh, takde orang melarang. Saya tahu yang cakap saya awak ni memang kelakar sikit lagi skema yang teramat. Tapi bagi saya, saya suka kerana sopan dan halus bunyinya. tapi dengan member di luar, memang aku kau aje lah. Takdelah nak bersaya awak.

Apa2 pun boleh lah!
jukoh, saya setuju yang mungkin akan ada kekeliruan antara penggunaan bahasa yang betul dan pengunaan bahasa rojak. Saya dah lama tak baca novel2 Melayu masakini, tapi tentu masih ada terbitan-tebitan Dewan Bahasa yang dapat mengekalkan kosakata yang asli. Memang hebat2 belaka sesetengah terbitan DBP, tapi sayang sebab budaya membaca memang kurang di Malaysia.
Dan saya pun kadang2 kurang faham teks2 SMS sekarang ni. sampai kadang2 tu kena telefon drg balik, nak tanya apa sebenarnya yg drg tulis.
kaniha
Feb 9 2006, 11:17 PM
QUOTE (malaccan @ Feb 10 2006, 05:25 AM)
Apa khabar kaniha? Tuan punya topik ni sedang sibuk 'memancing' katanya, jadi tak dapatlah dia nak ucapkan selamat datang. Saya ni sekadar wakil dia lah kiranya. Wakil tak bergaji

Kalau nak cakap aku kau kat sini pun boleh, takde orang melarang. Saya tahu yang cakap saya awak ni memang kelakar sikit lagi skema yang teramat. Tapi bagi saya, saya suka kerana sopan dan halus bunyinya. tapi dengan member di luar, memang aku kau aje lah. Takdelah nak bersaya awak.

Apa2 pun boleh lah!
hahaha.. khabar baik. terima kasih. lain kali saya akan datang selalu.
kalau semua org kat sini dah guna bahasa elok, tak elokla kalau saya sorg je yg merosakkan bahasa.
kenapa dalam bm ni banyak sangat perkataan utk bahasakan diri ye?? saya, aku, kau, anda, awak... perkataan lain2 utk maksud yg sama. tapi bila fikir balik bagus jugak macam tu, selain tunjukkan keunikan lagi satu dia tunjukkan setakat mana kita rapat dengan seseorg tu. tapi ada jugak yg guna saya awak dalam bahasa harian dengan kawan sebab dia rasa aku kau tu kasar sangat. hohoho...
sebenarnya bahasa sms ni bukan kat msia je. kat barat sana pun diorg guna bahasa pendek macam tu, kalau nak tau maksud ayat tu dengan cepat tanya je la bebudak remaja sekarang. mesti diorg cepat punya tangkap.
testcubaanujian
Feb 10 2006, 09:32 AM
boleh kah patik masuk mencelah ke dalam perbincangan ini.apakah yang tuan hamba sekalian sedang berbicara? salam perkenalan dari patik.
pancaindera
Feb 11 2006, 10:29 AM
^ boleh saja. kenapa pula tidak boleh? kakanda dari indonesia yah?
silakan, jangan malu-malu.
jukoh
Feb 12 2006, 10:24 PM
QUOTE (testcubaanujian @ Feb 10 2006, 09:32 AM)
boleh kah patik masuk mencelah ke dalam perbincangan ini.apakah yang tuan hamba sekalian sedang berbicara? salam perkenalan dari patik.

Bolehkah patik tumpang bertanya, adakah tuan hamba peminat setia Tun P. Ramlee?
(Tip : Cobaan...)
testcubaanujian
Feb 13 2006, 07:35 AM
QUOTE (jukoh @ Feb 13 2006, 12:24 PM)
Bolehkah patik tumpang bertanya, adakah tuan hamba peminat setia Tun P. Ramlee?
(Tip : Cobaan...)
maaf sedara P ramlee yg minat sama saya

2
jukoh
Feb 13 2006, 07:14 PM
Maaf atas kesilapan. Saya rasa P. Ramlee ialah Tan Sri bukan Tun.
P/s Camna dia nak minat kat sedara sedangkan sedara belum pun 'menunjukkan batang hidung' kat dunia ni semasa dia masih ada? hmm.......? (payah sangat nak guna bahasa tuan hamba sebab patik bukannya berotak geliga).
sabakunogara
Feb 14 2006, 04:54 AM
Apa khabar semua.. sesungguhnya saya ini adalah orang baru dalam industri ini dan sesungguhnya post ini adalah sekadar ingin mengucapkan khabar kepada semua pengguna-pengguna disini. Sekian, salam perkenalan.
Aranadhel
Feb 14 2006, 01:15 PM
QUOTE (sabakunogara @ Feb 14 2006, 06:54 PM)
Apa khabar semua.. sesungguhnya saya ini adalah orang baru dalam industri ini dan sesungguhnya post ini adalah sekadar ingin mengucapkan khabar kepada semua pengguna-pengguna disini. Sekian, salam perkenalan.

Selamat datang.
kaniha
Feb 15 2006, 01:24 AM
QUOTE
Apa khabar semua.. sesungguhnya saya ini adalah orang baru dalam industri ini dan sesungguhnya post ini adalah sekadar ingin mengucapkan khabar kepada semua pengguna-pengguna disini. Sekian, salam perkenalan.
sesungguhnya??? ok...
sesungguhnya saya rasa pelik dan nak gelak juga bila awak guna sesungguhnya.
awak org mana aranadhel?
salam perkenalan jugak!
Aranadhel
Feb 15 2006, 02:18 AM
QUOTE (kaniha @ Feb 15 2006, 03:24 PM)
sesungguhnya??? ok...
sesungguhnya saya rasa pelik dan nak gelak juga bila awak guna sesungguhnya.
awak org mana aranadhel?
salam perkenalan jugak!
Saya org. KL. anda?
samheisfl
Feb 17 2006, 08:01 AM
Hmmm... lama dah tak cakap BM.. apasal sunyi sepi jer suma org?
kaniha
Feb 17 2006, 09:28 AM
QUOTE (Aranadhel @ Feb 15 2006, 03:18 PM)
Saya org. KL. anda?

saya orang shah alam. duduk sini sejak lahir, tak pernah pindah [macam dah lama lahir pulak! huhuhu...]
QUOTE
Hmmm... lama dah tak cakap BM.. apasal sunyi sepi jer suma org?
dah lama tak cakap bm? awak cakap ape selama ni??
saya pun rasa sunyi je. saya newbie, tapi so saya harap lagi banyak orang kat sini. meriah sikit. tapi saya perasan ramai malaysian yg sekarang duduk oversea kat sini?
samheisfl
Feb 18 2006, 06:27 AM
QUOTE (kaniha @ Feb 17 2006, 10:28 PM)
saya orang shah alam. duduk sini sejak lahir, tak pernah pindah [macam dah lama lahir pulak! huhuhu...]
dah lama tak cakap bm? awak cakap ape selama ni??
saya pun rasa sunyi je. saya newbie, tapi so saya harap lagi banyak orang kat sini. meriah sikit. tapi saya perasan ramai malaysian yg sekarang duduk oversea kat sini?
tak cakap BM dlm AF nih..
suma cakap omputih jer..
malaccan
Feb 20 2006, 08:26 AM
QUOTE (samheisfl @ Feb 17 2006, 01:01 PM)
Hmmm... lama dah tak cakap BM.. apasal sunyi sepi jer suma org?
Malaikat lalu.
Entahlah....masing2 semunya sibuk kot. Ni apa cerite terbaru kat Msia? Jambatan baru dengan Singapura tu jadi buat ke tak?
sabakunogara
Feb 20 2006, 08:49 AM
Cerita terbaru kat malaysia. Erm ,... takde kot .. sume isu berbangkit .. oh ya .. kita ada barisan kabinet baru .. :P
malaccan
Feb 20 2006, 09:02 AM
Oh, isu berbangkit aje ke.
Kalau setakat nak baca suratkhabar, guna internet aje pun boleh, tapi cerita2 kedai kopi yang saya nak dengar sebenarnya
samheisfl
Feb 21 2006, 07:20 AM
GOssips..!! atau kabar angin..
Syok oo cite pasal gossip nih..
malaccan
Feb 21 2006, 01:41 PM
^Oh ada gossip ya? Siapa? Bila? Di mana? Bagaimana?
Senyap sangatlah kat sini sekarang. Korang mesti ada pegi forum Msia yang lain kan.
caramel
Feb 22 2006, 04:16 PM
QUOTE (malaccan @ Feb 22 2006, 04:41 AM)
^Oh ada gossip ya? Siapa? Bila? Di mana? Bagaimana?
Senyap sangatlah kat sini sekarang. Korang mesti ada pegi forum Msia yang lain kan.
malaccan
Feb 22 2006, 04:30 PM
^Tak ape caramel. Awak boleh menangis atas bahu saya. Kita tangisi sama2.
caramel
Feb 22 2006, 04:35 PM
Terima kasih malaccan. Haih. Apa kamu sedang buat sekarang? Saya amat bosan.
malaccan
Feb 22 2006, 04:42 PM
Saya sedang buat tiga perkara dalam satu masa:
1. Borak dengan kawan
2. Menonton tv
3. Guna internet
Eh, awak dah balik ke Oz atau masih di KL? Kalau di KL, jauhilah daripada ayam ya!
caramel
Feb 22 2006, 04:55 PM
Masih di Kuala Lumpur.
Ya, saya tahu. Byk takutlah. Saya baru2 tengok CNN dan ada satu lagi kematian akibat Bird Flu ni di Indonesia.
malaccan
Feb 23 2006, 03:55 AM
Sam ke, Caramel ke... boleh tolong post kat topik Malaysian Ghosts tak? Apa2 aje lah. Saya ada video hantu nak masukkan, tapi tak boleh buat sekarang pasal nanti terdouble post pulak.
samheisfl
Feb 23 2006, 03:58 AM
Post apa?
malaccan
Feb 23 2006, 04:18 AM
Apa2 ajelah. Sebab org terakhir yang post, saya. Tak nak double post. Nanti kena marah.
pancaindera
Feb 23 2006, 06:06 AM
QUOTE (malaccan @ Feb 23 2006, 09:55 AM)
Sam ke, Caramel ke... boleh tolong post kat topik Malaysian Ghosts tak? Apa2 aje lah. Saya ada video hantu nak masukkan, tapi tak boleh buat sekarang pasal nanti terdouble post pulak.
apa ni? mari saya buatkan. buka topik baru ka, atau post saja? kenapa kalau double-post?
caramel
Feb 23 2006, 11:05 PM
QUOTE (malaccan @ Feb 23 2006, 06:55 PM)
Sam ke, Caramel ke... boleh tolong post kat topik Malaysian Ghosts tak? Apa2 aje lah. Saya ada video hantu nak masukkan, tapi tak boleh buat sekarang pasal nanti terdouble post pulak.
Saya takut hantu punya.
malaccan
Feb 24 2006, 02:02 AM
QUOTE (caramel @ Feb 24 2006, 04:05 AM)
Saya pun

Tapi dalam kereta saya, saya ada simpan paku. Jadi kalau jumpa pontianak saya boleh cucuk paku di belakang tengkuknya, supaya dia akan jadi perempuan cantik macam caramel!
caramel
Feb 24 2006, 02:07 AM
malaccan
Feb 24 2006, 02:12 AM
Kalau pontianak tu cantik? Hmmmm.... saya ajak tengok wayang. Cerita Pontianak Harum Sundal Malam 2. Tapi sebelum tu saya bawa dia jumpa doktor gigi, untuk cabut dia punya gigi taring.

2
Saya pun akan tanya dia lah, dia ada adik lelaki atau tidak, jadi caramel pun boleh ikut sama... kita double-date.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please
click here.