Help - Search - Members - Calendar
Full Version: PDRM threaten to let crime rate soar !
Asia Finest Discussion Forum > Asian Culture > Malaysian Chat
pancaindera
this is from the police website, in response to the idea to implement the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) .... eek.gif

QUOTE
Akibatnya, tindak balas sentimen semasa ahli-ahli Persatuan Polis adalah seperti berikut:-

a. Sentimen marah dan sedih dibayangkan melalui SMS dan telefon yang diterima dari setiap peringkat dari seluruh negara.

b. Kerja mengikut masa.

c. Menolak elaun RM100 dan menuntut kerja 5 hari seminggu, 8 jam sehari seperti mana lain-lain kakitangan awam.

d. Melaksanakan ‘core business’ sahaja – menghakis semangat bersedia berkhidmat.

e. Mengundi pembangkang pada tahun 2008.

f. Meminta pembangkang memperjuangkan hak Polis di Parlimen.

g. Menuntut pucuk pimpinan Exco Persatuan meletakkan jawatan kerana gagal memperjuangkan kepentingan ahli.

h. Menuntut pucuk pimpinan PDRM meletakkan jawatan.

i. Biar jenayah naik.

j. Pegawai penyiasat meletak jawatan beramai-ramai.

k. Kecewa, Polis sahaja dijadikan sasaran walaupun terdapat kelemahan lain-lain agensi Kerajaan.

l. Kecewa kerana KKDN berdiam diri.


http://www.rmp.gov.my/rmp03/laporanIPCMC/t...dantersurat.htm
Protoculture
They do not feel appreciated. When one of 'em died in the line of duty, we the public said its their job to die for our safety. When one of ours die in a crime, we accused the police not doing their job.

I personally feel IPCMC must be implemented ... but not to the point of overboard. Remember, these cops are the ones risking their necks ensuring our safety. Should police no longer doing their jobs & the nation falls into anarchy, the only viable solution is the 'Emergency' aka Darurat ... where the military takes over. Do we want that?

Like it or not, the Police as a whole MUST realised who paid their salary ... the Malaysian rakyat. Who is their Boss if not the PM!

Apart from becoming a cop all their lives, should they resign, what option would they've apart from becoming security guards?

Cops do what they're told. But sometimes they must act within their own iniatives.
forrestcat
I believe it was a hight ranking officer who made that state,ent to let crime sore. That's what makes this matter rather intimidating. It's like they are threatening the Prime Minister eek.gif .


kacangkuda
IPCMC Yang Tersurat, Yang Tersirat

Wujud ketidakpuasan dikalangan pucuk pimpinan dan persatuan-persatuan PDRM dalam syor ke 12 (Membentuk satu mekanisma penyemakkan yang bebas yang disebut sebagai IPCMC). Antara luahan rasional yang dipersoalkan dalam satu dialog PDRM bersama Perdana Menteri Malaysia adalah:-



ACP JAMALUDIN BIN HJ. KHALID, PENGERUSI PERSATUAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN POLIS YANG DIWARTAKAN (PPKP/CPW) MENYENTUH:



Seksyen 93 Akta Polis yang membolehkan pegawai-pegawai Polis menimbangkan dan membawa kepada perhatian Kerajaan semua perkara yang melibatkan kebajikan dan kecekapan mereka termasuk gaji, pencen dan syarat-syarat perkhidmatan. Selain daripada soalan-soalan yang melibatkan kenaikan pangkat individu dan disiplin, suatu persatuan atau lebih boleh ditubuhkan. Ahli seramai 95,171 pegawai dan anggota.

Suruhanjaya Pertama, Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM kena pada tempatnya untuk menambahbaik dan meninggikan keupayaan PDRM, menangani cabaran di alaf baru dan untuk merealisasikan wawasan 2020. Sebanyak 100 dari 125 cadangan telahpun dilaksanakan. IPCMC ialah antara cadangan yang masih belum dilaksanakan kerana rang undang-undangnya sedang diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara. Tetapi ‘the recommendations must be practical’.

Suruhanjaya Kedua, Suruhanjaya Untuk Menyiasat Prosedur Tetap Operasi Dengan Kaedah-Kaedah Atau Peraturan-Peraturan Berhubung Dengan Pengendalian Pemeriksaan Tubuh Berkenaan Dengan Penangkapan Dan Penahanan Oleh Polis diadakan akibat isu wanita bogel. Terma rujukan adalah bagi mengenalpasti mangsa, tatacara pemeriksaan badan yang dibuat, mengenalpasti salahlaku dan memastikan SOP dan mencadangkan pembaikan. Manakala tatacara yang tidak praktikal adalah waran/kehadiran majistret, kehadiran pegawai perubatan dan pertembungan prinsip syariah dan ‘civil law’. Kesimpulannya, Suruhanjaya tidak konsisten dengan terma rujukan termasuk mencadangkan supaya penubuhan IPCMC disegerakan. Tetapi dalam laporan kedua:-



a. Suruhanjaya tidak mengambil ‘submission’ yang telah dinyatakan oleh DPP Suhaimi bin Ibrahim, Enquiry Officer yang menyatakan ‘from the evidence gathered, I submit that the body search carried out on IW4 as seen in the video clip is not unjustifiable, save for the fact that it was recorded and distributed. I would like to add further that the manner of body search as seen in the video clip provides a better option than in a method where such body search requires physical contact with the suspect such as using the index finger or other necessary apparatus to retrieve any substance hidden in the vagina or anus. Such a method may expose the examiner to allegation and criticism of abuse of misconduct’.



b. Persatuan-Persatuan Polis mendapati ‘certain comments made by Royal Commission are without foundation and outside of the scope TOR.

i. ‘… a lack of transparency and accountability…’

(Chapter 7: Conclusion pg. 65)

ii. ‘ … the PDRM remains resistant to change …’

(Chapter 7: Conclusion pg. 65)

iii. ‘ … there must first be a shift in the mindset of those within the PDRM …’

(Chapter 7: Conclusion pg. 65)

iv. ‘To expedite the establishment of an IPCMC as recommended in the Royal Commission Report be implemented without further delay’.

(Chapter 6: Recommendations pg. 47)



c. Sebaliknya, PDRM tidak seperti yang dikatakan di para ‘b’, salah satu contoh adalah Program Rakan Cop:-

i. ‘Program Community Policing’ di Kuala Lumpur yang mendahului lain-lain negara.

ii. Berkesan membina jaringan hubungan Polis/masyarakat.

iii. Lebih 25,000 ahli.

iv. Tindakan proaktif Polis tanpa pembiayaan kerajaan.

v. ‘fast delivery system’ selaras dengan kehendak pimpinan.

vi. 12 minit di Kuala Lumpur sekarang (salah satu yang terpantas di dunia) dengan aset yang terhad.



Seterusnya, Persatuan-Persatuan Polis mendapati akibat dari desakan penubuhan IPCMC:-

a. Pengerusi dan Setiausaha RC terlalu ghairah membuat kenyataan akhbar.

b. Publisiti berlebihan menghentam Polis melalui media massa.

c. NGO bertegas IPCMC disegerakan.

d. Pembangkang menyokong NGO dan menjadikan isu politik.

e. Kesan polemik di media menyebabkan timbul kebimbangan ahli-ahli Persatuan Polis.



Seterusnya, didapati sentimen semasa seperti berikut:-

a. Kempen menghentam Polis di media dan cadangan penubuhan IPCMC telah memberi kesan negatif ke atas moral pegawai dan anggota.

b. Memberi kesan kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam.

c. Rasa terbiar dan tidak dibela.

d. Dianaktirikan.

e. Ahli mendesak diadakan EGM.

f. Mendesak diadakan Sembahyang Hajat serentak seluruh negara.



Akibatnya, tindak balas sentimen semasa ahli-ahli Persatuan Polis adalah seperti berikut:-

a. Sentimen marah dan sedih dibayangkan melalui SMS dan telefon yang diterima dari setiap peringkat dari seluruh negara.

b. Kerja mengikut masa.

c. Menolak elaun RM100 dan menuntut kerja 5 hari seminggu, 8 jam sehari seperti mana lain-lain kakitangan awam.

d. Melaksanakan ‘core business’ sahaja – menghakis semangat bersedia berkhidmat.

e. Mengundi pembangkang pada tahun 2008.

f. Meminta pembangkang memperjuangkan hak Polis di Parlimen.

g. Menuntut pucuk pimpinan Exco Persatuan meletakkan jawatan kerana gagal memperjuangkan kepentingan ahli.

h. Menuntut pucuk pimpinan PDRM meletakkan jawatan.

i. Biar jenayah naik.

j. Pegawai penyiasat meletak jawatan beramai-ramai.

k. Kecewa, Polis sahaja dijadikan sasaran walaupun terdapat kelemahan lain-lain agensi Kerajaan.

l. Kecewa kerana KKDN berdiam diri.



ACP Jamaludin bin Hj. Khalid juga menyatakan ‘the Police were without doubt the most abuse, the most unfairly criticised and the most silent minority in the country’ (Chibnall, 1979). Beliau seterusnya menjelaskan tindakan Exco PPKP/CPW, PPKP/CI dan PPRPD seperti berikut:-

a. Menghantar ‘statement’ Persatuan kepada YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berdasarkan laporan Suruhanjaya Pertama.

b. Pertemuan Pengerusi PPKP/CPW dengan YAB Perdana Menteri secara empat mata.

c. ‘Road show’ Exco Persatuan seluruh negara menerangkan kedudukan.

d. Perbincangan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dengan pucuk pimpinan PDRM.

e. Pendirian ketiga-tiga Persatuan terhadap Suruhanjaya Kedua dengan mempersoalkan rumusan yang bertentangan dengan T.O.R., menolak penubuhan IPCMC, menyampaikan keputusan kepada pucuk pimpinan PDRM untuk disampaikan kepada YAB Perdana Menteri dan desakan ahli diadakan EGM bagi mendapatkan mandat untuk meluluskan resolusi.



Hasil dari tindakan tersebut, resolusi PPKP/CPW, PPKP/CI dan PPRPD bersetuju sebulat suara menolak penubuhan IPCMC atau lain-lain entiti yang seumpamanya sebagai badan pemantau terhadap PDRM sebaliknya perlu diperkukuhkan mekanisma Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) dengan memberi kemampuan untuk bertindak memenuhi keperluan dan kehendak Kerajaan. Selain itu, bagi menentukan keberkesanan perjalanan PDRM memenuhi tuntutan rakyat dan kesiapsiagaan 95,000 ahli menjalankan tugas Persatuan juga mendesak penubuhan sebuah Kementerian Khas untuk PDRM.

ACP Jamaludin menjelaskan lagi, rasional penolakan IPCMC adalah kerana:-

a. Menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam.

b. Rakyat menjadi mangsa dan mengakibatkan anarki.

c. Menghakis pengaruh politik parti yang memerintah.

d. Mengkompromi kuasa-kuasa kawalan dan perintah KPN.

e. Penjenayah dan pelanggaran undang-undang menjadi di luar kawalan.

f. Skop ‘misconduct’ yang luas menyulitkan tugas rutin dalam siasatan termasuk proses pengecaman, contohnya budaya paksa rela untuk kawad cam.

g. Penubuhannya bermakna badan-badan yang sedia ada seperti SPP, BPR, SUHAKAM, Jabatan Peguam Negara, Biro Pengaduan Awam dan KKDN telah gagal melaksanakan tugas-tugas mereka.

h. Draf Bill IPCMC ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, berlawanan dengan Natural Justice, The Rule of Law mendiskriminasikan anggota Polis dari rakyat biasa dan melanggar hak asasi anggota Polis sebagai manusia biasa.

i. “Melembikkan” Polis kerana memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada pegawai dan anggota kerana takut dan tidak berkeyakinan dalam menjalankan tugas.



Tindakan dalaman

i. Mempertingkatkan tahap integriti, kredibiliti dan efisyen melalui latihan dalam perkhidmatan (L.D.P.).

ii. Memperkasakan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) dengan kuasa-kuasa dan kakitangan tambahan bagi memenuhi keperluan tatacara tatatertib ‘hire and fire’.

iii. Memperluaskan skop Urus Setia KPN (Tatatertib) meliputi aspek integriti selari dengan P.I.N. dengan penambahan kakitangan dan peralatan terkini. Cawangan Intergriti PDRM? (termasuk menerima pengaduan orang awam berkaitan salahlaku dan pematuhan kepada arahan-arahan pasukan).



Ini adalah perangkaan jumlah Pegawai Kanan Polis/Ahli Pangkat Rendah yang dikenakan tindakan tatatertib dari tahun 2001 – 2005.



Tahun Bilangan

2001 580

2002 735

2003 896

2004 806

2005 549

Jumlah 3,566



Bagaimana tergamak Setiausaha RC menyatakan yang Cawangan Tatatertib tidak berkesan?



Tindakan luaran

i. Mempertingkatkan kerjasama dengan SUHAKAM dari segi latihan dan kefahaman berkaitan hak asasi manusia.

ii. Mempereratkan kerjasama dengan BPR dan BPA.



Kelemahan-kelemahan yang terdapat di pihak KKDN seperti berikut:-

Tiada maklum balas terhadap kertas cadangan berkaitan:-

i. Perundangan: Akta Polis, Kaedah Lokap dan mewartakan pakaian seragam polis.

ii. Perkhidmatan dan perjawatan.

iii. Elaun-elaun kecekapan.

iv. Kelengkapan.



Pemilihan kontraktor dan pembekal yang tidak efisyen.

i. Kasut – 140,000 pasang setahun gagal dibekalkan oleh kontraktor yang mampu mengeluarkan 35,000 pasang setahun.

ii. Elaun menjahit pakaian – masih tertunggak selama 2 tahun.

iii. Pakaian wanita – tudung, kasut, beg dan topi bentuk baru masih belum sempurna dibekalkan.

iv. Pejabat dan rumah kediaman – terbengkalai.



Lokap.

i. Lewat mewartakan lokap.

ii. TIdak sensitif kepada tahanan berlebihan di dalam lokap.

iii. Pakaian dan keperluan tahanan.

Satu surat telah diedarkan kepada KKDN mengenai 22 perkara yang belum mendapat keputusan.



ACP Jamaludin bin Hj. Khalid telah menyebut tentang titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Majlis Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Sempena Hari Ulangtahun Keputeraan Rasmi Baginda pada hari Sabtu, 4 Jun 2005 di Istana Negara, Kuala Lumpur.

“Inisiatif mewujudkan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM, pada hemat Beta, merupakan satu usaha yang selari dengan matlamat ini. Beta telah dimaklumkan tentang isi kandungan laporan ini dan Beta yakin, jika dimanfaatkan dengan sewajarnya, ianya akan menjadi titik tolak kepada usaha-usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan serta kewibawaan institusi kepolisan itu sendiri.

Pada masa yang sama, Beta menyeru agar usaha-usaha penambahbaikan ini diterus dan diperluaskan kepada semua agensi serta institusi kerajaan yang lain. Institusi Perundangan Negara, misalnya perlulah mengambil langkah-langkah untuk melengkap dan memantapkan institusi tersebut agar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik, cepat dan berkesan demi kepentingan rakyat jelata”.

ACP Jamaludin bin Hj. Khalid juga memetik pandangan daripada Prof. Datuk Mohd. Hamdan Adnan, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menyatakan badan-badan penguatkuasa seperti JPJ, Imigresen dan Kastam turut terdedah kepada pelbagai masalah dan mereka seharusnya diberi perhatian yang serupa.

ACP Jamaludin bin Hj. Khalid memberikan pendapat berikut:-

“We are sure that in Tan Sri Mohd. Bakri bin Haji Omar, we have an IGP who has vision and clear ideas on how the force could be better managed, rise to the global challenge and meet the expectation of both the government and the citizen of this country. His leadership has already seen positive and radical changes in many areas”.



SUPT. RAZALI BIN BASRI MENYENTUH



IPCMC is according to the draft bill it is a powerful body of commissioners, unelected, answerable to no one but Parliament capable of directing and commanding PDRM and other government agencies whose function will not be impeded by laws of evidence, secrecy, self-incrimination and riding rough shod over constitutional provisions. On the pretex of preserving human rights and overseeing the police the commissioners gave themselves powers which will eventually detrimental to the well being of the nation, diminish police ability to protect the people and demoralised members of the force. Categories of complaints in Sec: 16 (1):-

a. Contrary to law.

b. Unreasonable, unjust, oppressive or improperly discriminatory. (tafsiran sec: 27 Police Act 1967: license for assembly, meeting and procession).

c. In accordance with any law or established practice but the law or practice is, or may be, unreasonable, unjust, oppressive or improperly discriminatory. (tafsiran: no ISA, EO, LLPK or RR – detention without trial).

d. Based wholly or partly on improper motives, irrelevant grounds or irrelevant consideration. (tafsiran: possible civil suits against police and govt).

e. Based wholly of partly on a mistake of law or fact (tafsiran: curbs police ability on operations againts criminal and subversive elements).

f. Conduct of which reasons should be given but are not given (tafsiran: discretion to curtail investigations will have to be given to the very complainant).



Lost of powers by politicians

The explicit and implicit effect of the formation of IPCMC is that the real organ which exercise powers of control over the police will be the commissioners of the IPCMC and not the minister. Let politicians beware that they will eventually lose powers, control and influence over a neutral, professional and people-centered police (as suggested by the Royal Commission).



Police Force Commission or IPCMC? A choice

It would appear that if and when IPCMC is formed, it has disciplinary powers over members of the force including dismissal and reduction in rank. These powers are currently within the domain of the Police Force Commission (PFC) a constitutional body headed by minister – in-charge of the Police. It is untenable that an organ created by an Act of Parliament usurping the function if a body which is a creature of the Constitution. There will be legal complication as well since the IPCMC has no power to hire but endowed with right to fire. Unconstitutional.



No, clear, urgent and pressing need

Justification for its existence not compelling. The police are already answerable and accountable to Parliament through Minister of Internal Security. There is a strong system of external monitoring and internally, there is adequate supervision through PFC and a strong leadership at Bukit Aman.



Against the Federal Constitution

Certain provisions of the Bill may offend Article 4 and 7, may breach Article 8, 135, 140 and 145 (3 of the Federal Constitution).



Against the Rule of Law

Conducting investigation and hearing outside the purview of rules and practice of evidence and no right of appearance or representation in a hearing go against the grain of the Rule of Law. This blatant infringement of rights cannot be countenanced under any pretext.



Breach of Natural Justice

It is settled law that right to be heard cannot be denied to a condemned person. If a hearing is done behind his back, he is tried in absentia. He has the right to know and be allowed to examine evidence against him. The Rules of Natural Justice are the minimum standards of fair decision-making imposed on persons and consists of the right to a fair hearing and the rule against bias.



Discriminatory: Equality under the law and equal protection before the law

The police is already subjected to Public Officers (Conduct and Discipline) Regulations 1993. The IPCMC Act will impose on it another layer at punishment separate and distinct from other law enforcement agencies in this country. The Commissioners are given wide powers which can override laws on secrecy, privilege, self-incrimination and evidence. Police are asked to respect the laws, follow rules and uphold human rights. But these can be denied to the police officers themselves. Discriminatory.



Ouster Clause: A Denial of Justice

It bring no credit to IPCMC that they need a comfort clause to protect themselves. Their judgment cannot be infallible. It must be susceptible to judicial review. It will bring immeasurable harm to police if IPCMC’s decision cannot be reviewed.



The environment is not right yet

The police must first be better equipped and trained to reach the standard of policing in the developed countries. If facilities are in place and the government is ready (when the police is required to be neutral and people-centric) only then IPCMC could be considered with suitable amendments to the Bill in fairness to the police.



Compromising Command of IGP

The IGP’s command and control system will be undermined since not only he has to serve the minister but also IPCMC. It must be remembered that the police is a security organ of the Federal Government which has to deal, inter-alia, the threat of terrorism. It is not in the best interest of this country to have an IGP subservient to a lay person.

It is premature to tout the IPCMC as of first and urgent basis to cure whatever ailments the police is suffering from when the full potential of existing bodies, namely the PFC, the ACA and the Disciplinary Brand of the IGP’s headquarters has not been fully explored. If they fall short of expectations, every effort should be made to help and assist them and not to run them down by innuendos and inferences. Or, to put it differently, we don’t need another house, just strengthen the pillars.



DCP Dato’ Mangsor bin Ismail, Pesuruhajaya Polis Sabah telah memberikan pendapat seperti berikut:-



Tidak bersetuju dengan penubuhan IPCMC dan berharap YAB Perdana Menteri dapat merasai hasrat dan kehendak pegawai dan anggota PDRM. Beliau juga menyatakan tentang kesetiaan pegawai dan anggota PDRM apabila terlepas maka sukar untuk mendapat kembali kesetiaan tersebut.

Apabila ancaman komunis telah dapat dihapuskan, masalah keselamatan telah diketepikan.

Dalam perbincangan beliau dengan pihak EPU, mereka beranggapan keselamatan negara ini terletak di tangan tentera sahaja tetapi sebenarnya tentera hanya menjaga negara ini dari musuh yang hendak menyerang negara (external) tetapi Polis menjaga keselamatan dalam Negara (internal).

Peruntukan kepada Polis kurang tetapi kepada tentera diberi kelebihan. Beliau berpendapat sepatutnya Polis diberikan peruntukan yang lebih juga seperti keperluan membeli kereta peronda.

Menyatakan uniform Polis merupakan integriti dan kebanggaan kepada pasukan Polis. Tetapi masa kini pelbagai agensi menggunakan uniform yang sama dengan Polis. Sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku.



DCP Dato’ Mustafa bin Abdullah, Ketua Polis Kuala Lumpur menyampaikan pendapat seperti berikut:-

Sebagai Pegawai Pemerintah/Ketua Polis Negeri, beliau dapat merasakan orang bawahannya tertekan dan tidak bersemangat. Oleh sebab itu, dalam ucapan beliau semasa Perhimpunan Bulanan IPK Kuala Lumpur, beliau cuba untuk menaikkan semangat pegawai dan anggota di IPK Kuala Lumpur.

Memaklumkan terdapat ‘periodical survey’ di UK yang mengkaji prestasi semua jabatan Kerajaan dan keputusannya jabatan yang teratas ialah Jabatan Kesihatan, Jabatan Kehakiman dan Jabatan Polis. Kerajaan boleh menggunakan pendekatan ini.



DCP Dato’ Ramli bin Yusuff, Ketua Polis Pahang memberikan pendapat:-

Semua pegawai dan anggota PDRM sebulat suara menolak penubuhan IPCMC. Jika YAB Perdana Menteri masih ingin menubuhkan IPCMC hendaklah dimasukkan pegawai Polis yang berkelayakan dan berkelulusan undang-undang dalam jawatankuasa tersebut.



S.I Ismail bin Abdul Hamid, Pengerusi PPRPD menyampaikan pendapat seperti berikut:-

Menyatakan keluhan rasa tidak puas hati semua Ahli PPRPD dan menyokong cadangan yang telah disampaikan oleh ACP Jamaludin bin Hj. Khalid dan menyampaikan rasa sedih, kecewa serta marah terhadap penubuhan IPCMC.

Persatuan juga tidak dapat menghalang rasa kecewa dan hampa ahli-ahli seramai lebih kurang 80,000 orang. Beliau meminta supaya Kerajaan memberi pembelaan dan simpati terhadap Ahli-Ahli PPRPD.

IPCMC dianggap oleh Ahli-Ahli PPRPD sebagai badan yang mengaibkan dan membunuh anggota-anggota Polis. Seterusnya anggota-anggota Polis kecewa dan menyatakan dalam pilihan raya kelak, mungkin Ahli-Ahli PPRPD tidak menyokong Kerajaan jika IPCMC ditubuhkan.



C/Insp. Basharuddin bin Mohd. Nordin, Pengerusi PPKP/CI berpendapat seperti berikut:-

Mewakili semua Ahli PPKP/CI di negara ini menyampaikan pendapat semua Ahli PPKP/CI menolak penubuhan IPCMC. Sebaik-baiknya badan ini diletakkan di bawah SPP yang sepatutnya diperkukuhkan lagi.

Berharap Kerajaan mengambil kira perasaan semua ahli Persatuan.



DCP Dato’ Talib bin Jamal, Pesuruhajaya Polis Sarawak berpendapat:-

Untuk memperkasakan PDRM, jika tidak diambil kira tentang gaji, beliau ingin mengetahui mengapa pegawai PDRM yang seramai 92,000 orang tetapi hanya 25 orang sahaja yang bertaraf JUSA. Perkara ini telah dibangkitkan kepada YBhg. Dato’ Hamzah bin Che Rus setahun yang lepas supaya perkara ini dibawa kepada pihak atasan tetapi sehingga sekarang belum ada apa-apa tindakan. Beliau membanding jika dikira dari segi jabatan, terdapat jabatan yang mempunyai 1,200 kakitangan sahaja tetapi bilangan jawatan JUSA melebihi bilangan JUSA PDRM.





Disediakan oleh:
Cawangan Perhubungan Awam, Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur.
Email: rmp@rmp.gov.my




SAYA SOKONG 100% KENYATAAN POLIS INI.... PEACE MAN....MAT BOND
yana19384
icon_neutral.gif
samheisfl
For constable, their salary is around RM900.. if i'm not mistaken.. they need to 'gadai nyawa' for RM900 every month.. hhmmp.. it is better if they work in factories..

When looking at these, i feel that those teachers that complaining when they were sent rural area isn't grateful enough..
Fatimasiddd
Just keep submitting excellent posts.

insomnia issues in children signs
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2013 Invision Power Services, Inc.